Sunday, November 1, 2009

:::: AKU MEMILIH UNTUK MELEPASKANMU ::::

:::: SEBUAN PENANTIAN ::::


CINTA KU HANYA UNTUKMU…
Ku yakin kau hanya membiar
Ku tahu kau masih belum berganjak
Ku sedari aku tidak layak buat
Ku sisip rindu ini buatmu
Ku tetap berteman airmata
Ku lerai airmata di tabir lalu
Ku tolak cinta yang mengunjung tiba
Ku kian memetik setiap keegoan dirimu
ADAKAH KAU FAHAM APA YANG KU RASAKAN… IANYA ADALAH PERSEMBAHAN UNTUK DIRIMU… SEBAK HATI TANPA PALUAN KATA… HANYA SANG ANGIN SAHAJA YANG MEMAHAMI TANGISKU INI…

SAMPAI BILAKAH KU HARUS MENANTI….
Aku diam tanpa kata
Kau tetap diam membisu….
Aku jentik setiap keegoanmu
Kau lebih rela menyimpannya sendiri…..
Aku masih tak faham kenapa kau begitu
Kau mungkin tidak ingin menerimaku……
Aku kian merujukmu setiap hari
Kau hanya menganggapnya sebagai BERSAHAJA …
Aku ingin mendampingimu ke mana jua kau pergi
Kau tidak mengendahkanku…..
Aku patah hati menunggumu
Kau seolah tiada apa-apa lah ….
Aku pentingkah buatmu???
AKU MEMILIH UNTUK PERGI… PERGI MENJAUH DARI HIDUPMU.. AKU MERELAKAN TANGISAN INI,,, SETELAH LELAH MENYELIDIK PERASAANMU TERHADAPKU.. INGIN KU MENJERIT DI HADAPANMU BAHAWA KU TELAH MENEMPATKAN MU DI SETIAP PENJURU HATIKU… AKU CUKUP SAKIT MENANTI.. AKAN KU SIMPAN SAAT BERSAMAMU.. KETAHUILAH BAHAWA AKU TIDAK PERNAH MELUKAKAN HATIMU…AKU HANYA MENCARI JALAN AGAR KAU MEMBENCIKU… AGAR AKU BISA MELUPAKANMU.. DALAM MASA YANG SINGKAT SAJA AKU DAPAT MENYAYANGIMU… APAKAH WUJUD PERASAAN SEBEGINI DI LUBUK HATIMU BUATKU??

::::: INSAN YANG MENGINGINKAN KEHADIRANMU DALAM HIDUPNYA :::::

عءﻥﺍ


1 comment:

Wanie Yunos said...

waaa..cam sdey jak..huhuhu