Sunday, October 18, 2009

Hijau Daun Mp3 Downloads

Hijau Daun Mp3 Downloads

Shared via AddThis

kasih pada ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

kasih yang abadi

Tidak ada ketenangan yang benar2 tenteram selain berada disisi ALLAH... Kerana ALLAH menyintai ketenteraman AS-SALAM, ketenangan & kesejahteraan itu adalah salah satu nama-NYA... Semakin kita dekat pada ALLAH semakin diri kita merasa tenang, walaupun musibah menimpa... Musibah sekadar ujian untuk memantapkan iman kita... Manusia yang sabar akan sentiasa dicintai ALLAH...

Airmata tanda masih mempunyai rasa itu tandanya kita manusia,air mata membasuh dosa, air mata jua tanda kesyukuran sejernih warnanya..ada ketika, ianya untuk menceritakan apa yg ada di hati...fitrah manusia hari pertama di dunia kita menanggis ... memang ia perkara pertama yg kita tahu untuk menyatakan segala keperluan pada si ibu .... akhir usia kita juga di tangisi datang dgn air mata pergi pun sama akrab nya kita dgnnya teman suka dan duka dlm air mata tercerita seribu satu kisah....

Terima kasih kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya...